Guru adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru juga adalah insan kedua terpenting selepas ibu bapa. Tetapi, dalam dunia kemodenan sekarang , kadang-kadang guru menjadi individu yang terpenting lebih daripada ibu bapa bagi anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sibuk dalam alam pekerjaan. Perkara ini banyak berlaku dalam keadaan sekarang dimana ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak mereka terhadap guru dimana anak-anak mereka disekolahkan.
Ada pendidik menerima tanggungjawab tersebut dengan terbuka hati dan ada juga mengeluh dengan perkara tersebut. Mungkin ini disebabkan dengan timbunan kerja pengurusan yang perlu disiapkan. Tetapi dalam mengeluh, pendidik tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam menjalankan amanah, kadang-kadang terjadi juga perkara yang tidak diingini samada bagi pendidik itu sendiri ataupun pelajar tersebut.
Pada hari ini, banyak kes yang melibatkan antara guru dan pelajar. Malah, perkara menjadi semakin teruk apabila banyak pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu perkara tersebut. Perkara juga akan menjadi lebih teruk apabila sesuatu kes tersebut melihatkan kesalahan seorang guru dan ada juga media mengembar-gemburkan cerita tanpa mengetahui perkara sebenar. Persoalan saya di sini adalah kenapa jika seorang guru membuat kesalahan cerita yang akan diwar-warkan seolah-olah tiada penghujung?
Segelintir ibu bapa juga terlampau mempercayai kata-kata anak mereka terhadap sesuatu perkara yang terjadi. Disebabkan hal itu, banyak kes menyaman seorang guru yang berlaku di atas kesalahan yang kecil sehingga lupa terhadap budi dan bakti yang dicurahkan kepada anak-anak mereka selama ini. Dan jika difikirkan secara logik, kes-kes yang kecil boleh diselesaikan dengan perbincangan tanpa membawa kepada mahkamah.
Suasana pendidikan sekarang sangat berbeza dengan dahulu. Jika dahulu seorang guru diagungkan, dihormati dan disayang oleh pelajar. Tetapi sekarang perkara sebaliknya banyak terjadi. Dengan keadaan sebegini, mampukah generasi yang berkualiti daripada pelbagai aspek dilahirkan untuk memimpin negara kita?
Apakah pendapat-pendapat guru-guru senior diluar sana? Perkongsian anda semua akan membuka minda saya dan pembaca yang lain.