"JANGAN PERNAH BERHENTI MENGEJAR ILMU"
GAPAILAH cita-citamu setinggi langit, jangan pernah berhenti belajar. Kejarlah ilmu sampai ke negeri China.
Ya, kata-kata diatas sudah cukup untuk mengatakan bahawa ilmu itu sangat penting untuk setiap individu. Dan, ilmu juga tidak akan pernah habis untuk kita pelajari. Malah terdapat juga hadith mengenai tuntutan ilmu bagi muslim sebagai petunjuk dan motivasi untuk terus mencari ilmu. “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat” membawa makna selagi ada nyawa kita mesti terus mengejar ilmu Allah SWT yang tidak pernah akan habis. Semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin kecil diri ini kita rasa. Ilmu tidak akan datang bergolek di muka pintu tetepi kita sebagai manusia yang diberikan akan disuruh berusaha dan sentiasa mencari ilmu tersebut.
Sebagai manusia juga, kita jangan pernah jemu mencari ilmu. Matinya ilmu dalam diri kita maka matilah hati kita. Hati kita akan sentiasa hidup jika hati kita sentiasa disuluhi dengan cahaya ilmu. Ilmu di dunia ini adalah diibarat sebagai mutiara yang tidak dapat dibanding nilainya. Belajarlah!Jangan pernah penat menuntu ilmu. Belajarlah demi kemanisan ilmu itu. Janganlah menuntut belajar kerana harta dan pangkat.Kerana kelelahan yang pasti diperolehi. Ilmu itu hanya mampu dirasai kemanisannya buat manusia yang ikhlas mencarinya.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin seperti mendambakan air yang banyak saat kemarau panjang. Rebutlah ilmu sebanyak mungkin selagi hayat masih ada dan peluang terbuka luas dihadapan kita. Dengan ilmu didada kita boleh bangkit dan mampu mengubah sesuatu. Miskin menjadi kaya. Gelap menjadi cerah. Rendah menjadi tinggi. Sempit menjadi luas.
Semua itu terserah kepada kita. Lukislah lukisan hidup kita dengan lukisan yang bermakna walaupun banyak dugaan dan liku-liku yang perlu ditempuhi. Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk terus berada dalam keadaan susah.

"Pendidikan adalah senjata yang paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia"