PENDIDIK ABAD KE-21Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Jadi, kita juga hendaklah menjadi seorang pendidik seiring dengan abad terkini. Hal ini perlu ditingkatkan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia.
Sebagai seorang pendidik yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran dalam cabaran pendidikan abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan . Pelajar pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di dalam kelas. Setiap pendidik di alaf 21 ini hendaklah menyiapkan diri dengan ciri-ciri yang seiring dengan kehendak semasa terkini. |
Antara ciri-ciri seorang pendidik yang seiring dengan semasa terkini adalah :-
a) Bervisi
Seorang pendidik mestilah menetapkan satu visi dan misi terhadap proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Selain itu, seorang pendidik mestilah meletakkan tahap pencapaian yang diinginkan kepada setiap para pelajar. Perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan persepsi seorang pelajar kepada pendidik mereka.
b) Suri teladan
Pendidik adalah individu kedua terpenting selepas ibu bapa. Jadi, sebagai seorang pendidik yang bakal mendidik generasi kepimpinan negara pada masa hadapan, kita hendaklah sentiasa mencontohi teladan yang baik dan positif. Remaja pada hari ini banyak belajar melalui pemerhatian dan tidak mustahil mereka boleh melakukan perkara yang baik seperti yang dicontohi oleh pendidik mereka.
c) Pengambil risiko
Untuk menjadi seorang pendidik yang seiring dengan alaf globalisasi, seseorang pendidik hendaklah berani dan yakin dalam mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh, seorang guru berani mencuba satu kaedah pengajaran yang baru bagi menarik perhatian dan minat para pelajar. Dalam mencuba sesuatu yang baru, guru tersebut dilihat berani mengambil risiko kerana kaedah yang digunakan tersebut belum tentu berjaya dan dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.
d) Bekerja secara kolaboratif
Budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati semua guru mengamalkan kepimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran bersama-sama dengan pelajar. Tambahan pula, cara ini dapat membantu guru-guru baru yang masih mencari penyelesaian untuk menangani masalah mengawal disiplin pelajar di dalam bilik darjah. Bimbingan daripada guru-guru yang lebih senior secara koloboratif akan membantu guru-buru baru ini untuk tampil lebih profesional. Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan di antara guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra.
e) Pemimpin
Seorang pendidik mestilah mempunyai kemahiran dan keupayaan dalam kepimpinan. Di sekolah, guru adalah seorang pemimpin pada mata seorang pelajar. Antara kemahiran yang sering diperkatakan didalam kepimpinan adalah kemahiran konseptual, kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan dihormati, seseorang perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut.
f) Sentiasa belajar
Dasar pendidikan sentiasa berubah-ubah sejajar dengan tuntutan perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan pemodenan kehidupan. Terkini, pembelajaran sepanjang hayat telah menjelma sebagai suatu dasar yang mula diambil berat oleh negara maju dan negara membangun di dalam konteks globalisasi dan pemodenan. Menjadi seorang pendidik yang tugasnya mengajar dan mendidik tidak boleh berhenti belajar mengenai dunia pada waktu kini dan masa depan. Hal ini disebabkan, seorang guru hendaklah mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu perkara agar tidak ketinggalan dengan arus kemodenan yang berkembang maju.
g) Menyesuaikan diri
Dalam arus kemodenan yang sentiasa pantas bergerak, seorang pendidik mestilah sentiasa bergerak dengan tuntutan arus perjalanan. Guru hendaklah bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai perubahan samada dalam pengurusan dalam sekolah. Sebagai seorang pendidik juga hendaklah bijak dalam mengunakan strategi dalam memikat minat pelajar dengan menggunakan pengetahuan terkini pelajar. Medan kehidupan pelajar-pelajar sangat berbeza dengan kehidupan seorang guru pada waktu dahulu, jadi seorang pendidik hendaklah bijak mengubah pengetahuan yang dimiliki supaya seiring dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar-pelajar sekarang.
h) Komunikasi berkesan
Interaksi dua hala yang wujud di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar di dalam bilik darjah adalah penting dan kondusif ke arah peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah berusaha mewujudkan interaksi yang boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini akan menjadikan kerja pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran pelajar lebih menarik dan menyeronokkan.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2015-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 merupakan dokumen strategik yang sedang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menggariskan hala tuju pendidikan tinggi negara untuk tempoh 11 tahun bermula dari 2015 sehingga 2025. Ia adalah kesinambungan daripada kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 serta penyelarasan PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013-2025, yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara. Pelan ini mengandungi 10 lonjakan iaitu :
i) Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang,
ii) Kecemerlangan Bakat
iii) Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
iv) Graduan Pendidikan
v) Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
vi) Kemampanan Kewangan; Pemantapan Tadbir Urus
vii) Ekosistem Inovasi
viii) Keunggulan Global
ix) Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global dan
x) Transformasi Pendidikan Tinggi.
Lonjakan ini akan menyokong lima aspirasi sistem pendidikan yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.

"Pendidikan adalah senjata yang paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia"