PENGALAMAN PRAKTIKAL
TANGGAL 22 Jun 2014 saya memulakan tugas sebagai seorang guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Saya menimba ilmu baru sebagai guru praktikal selama hampir tiga bulan. Demi menimba ilmu dan pengalaman yang tidak dapat dibayar dengan nilai duit itu, saya sanggup menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang datang. Menjalani latihan mengajar ini turut memberi pendedahan kepada saya untuk berhadapan dengan dunia realiti sebagai seorang guru.
Setelah melaporkan diri kepada Guru Penolong Kanan 1, Puan Hajjah Zaiton Binti Salleh, saya diberi sedikit sebanyak mengenai sekolah tersebut. Saya juga dimaklumkan mengenai aktiviti yang bakal berlangsung dalam masa terdekat supaya lebih bersedia dengan keadaan yang akan berlaku. Selesai sahaja proses tersebut, |
|
saya ditemukan oleh guru pembimbing saya bagi subjek Literasi Komputer iaitu Puan Farhana Binti Naupa dan juga guru pembimbing subjek Pendidikan Moral iaitu V. Mohan Raj. Setelah berbincang bersama guru pembimbing, saya diberi amanah untuk mengajar pelajar Tingkatan 2 (Literasi Komputer) dan Tingkatan 1 (Pendidikan Moral) sebanyak 13 masa seminggu. Tugas dan amanah tersebut saya jadikan sebagai peluang untuk membina pengalaman menjadi seorang guru yang baik dan bertanggungjawab.
Alhamdulillah, tanggal 12 September 2014, saya telah berjaya menamatkan Rancangan Latihan Mengajar selama 12 minggu. Semua ini adalah berkat kesabaran dan bantuan yang diberikan oleh semua guru-guru di SMKSS. Tidak lupa juga atas kerjasama yang diberikan oleh para pelajar sepanjang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bersama saya. Bahkan mereka juga banyak membantu saya di luar bilik darjah.

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
Pada tahun 2015, sambutan hari guru akan disambut bertemakan "GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK". Tema ini sangat sesuai kerana guru adalah individu yang berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Pada tahun 2015, sambutan hari guru akan disambut bertemakan "GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK". Tema ini sangat sesuai kerana guru adalah individu yang berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
SENARAI TEMA HARI GURU
2015 Guru : Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 1975 Guru dan Pembangunan Negara 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara |
Sumber daripada Youtube
|
"Pendidikan adalah senjata yang paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia"